Monday 28 November 2011

saya BERTANYA, dan saya akan JAWAB

saya BERTANYA dan saya akan JAWAB


saya tidaklah sebaik orang yang bertudung labuh, memakai jubah, berpurda dan dapat menjaga solat 5waktu mahupun dapat menjaga batas2 pergaulan saya. Dan saya tidak pernah lupa akan siapa diri saya, cuma kadang2 kelemahan saya membuatkan orang lain berusaha menjatuhkan saya..

SAya tidak pernah malu untuk menjadi BUDAK KAMPUNG, malah saya bangga sebab saya BUDAK KAMPUNG. Tapi kenapa ada insan yang memperlekehkan BUDAK KAMPUNG macam saya?

Saya tidak suka mendengar kata dari sebelah pihak sahaja, sebab mesti ada yang terselindung...tapi kenapa ada insan yang akan terus melenting bila hanya mendengar kata dari sebelah pihak saja?

Tiada niat untuk mempertikaikan apa yang anda lakukan, cuma saya hanya inginkan penjelasan...

Tolong jangan hanya pandang pada kelemahan, sebab ianya tidak akan membawa kemajuan.Tapi asahlah kelebihan, InsyaAllah memberikan kemanisan...

Sunday 23 October 2011

RINDU TANAM POKOK PISANG

saya nak cerita, kisah saya waktu saya kecil dahulu....
saat saya baru kenal dunia...
saat saya tidak faham lagi akan pekerjaan bapa saya....

Saya dilahirkan bukan dalam keluarga yang berada. Bapaku hanya seorang pekebun, ibuku hanya seorang suri rumah. Disaat umurku mencecah tujuh tahun, kakiku mula menjejakkan kaki ke kebun bapa, hanya di belakang rumah....Selepas saja pulang sekolah, akanku mencari bapaku dikebun. Tanganku mula memegang "anak-anak" pokok pisang, tanganku mula "memegang cangkul", tanganku mula "mengorek lubang", dan buat kali pertamanya aku berjaya menanam pokok pisang yang pertama..bahang matahari tidak lagi kurasakan saat "anak pokok pisang" itu berjaya ku tanam...

Duit hasil kebun itulah yang menyara aku dan keluargaku yang lain. Peluh dimuka bapaku mengambarkan betapa penatnya bekerja sebagai petani pada masa itu...

untuk bapaku, terima kasih segalanya..

Wednesday 5 October 2011

S.E.D.I.H itu P.E.R.A.S.A.A.N

Sedih itu perasaan...
yang tak mampu kta gambarkan....

sebak di hati...
kadangkala kita lebih suka pendamkan....

Sedih di hati...
kadangkala kita tak tahu nak luahkan pada siapa...

Sedih...bukan hanya dengan tangisan....

Tuesday 4 October 2011

K.E.N.Y.A.T.A.A.N

K.E.N.Y.A.T.A.A.N

Assalammualaikum semua....

Just nak share benda yang kita selalu lupa saat menjalani kehidupan iaitu "K.E.N.Y.A.T.A.A.N"

Hidup kita bagaikan roda, kadangkala di atas dan mungkin juga akan jatuh dibawah....
Kita ingin terbang setinggi yang boleh seperti burung, tapi kita hanya mampu melihat burung terbang meninggalkan kita....
Kita menangis bila kita mendapat kekalahan, sedangkan kekalahanlah yang memotivasikan kita....
Kita leka mencari harta berjuta, hinggakan kita lupa "Siapa kita?"
Kita bangga dengan pangkat darjat, sehinggakan kita lupa akan tanggungjawab...
Ini semua, kenyataan kehidupan yang sukar untuk disorokkan...

Disaat azan subuh berkumandang....
   aku masih dalam dakapan subuh yang kuharapkan berpanjangan...
Disaat azan zuhur berkumandang...
   aku masih lagi berusaha menyiapkan kerja yang di arahkan oleh   pihak atasan...
Disaat azan asar berkumandang...
  aku masih lagi menikmati juadah petang yang amat menyelerakan...
Disaat azan maghrib berkumandang...
  aku masih lagi terbaring di sofa, kerana terlalu penat dengan kehidupan seharian...
Disaat azan isyak berkumandang....
  aku rasa ingin melelapkan mata dan bersedia untuk hati esok...

Dan aku katakan, "esok-esok pun bole sembahyang"

Terlalu megah dengan kedudukan, terlalu bangga dengan harta yang bertimbun...sehingga tidak pernah mengucapakn syukur pada yang ESA.
Terlalu megah dengan kedudukan, terlalu bangga dengan harta yang bertimbung...sehingga tidak pernah ingin menghulurkan bantuan...
Terlalu megah dengan kedudukan, terlalu bangga dengan harta yang bertimbun...sehingga sanggup menindas yang lemah...
"yang miskin dibiarkan terus melarat, yang kaya semakin dibanggakan dan terus mendapat perhatian...."

HARTA,
JAWATAN,
RUMAH BANGLO,
EMAS BERKILO,
KERETA SEPULUH,
semuanya hanyalah diDunia...

SOLAT,
ZIKIR,
AMALAN,
KEBAIKAN,
KEIKHLASAN,
menjadi bekalan diAkhirat..

Tetapi ramai yang lupa tentang K.E.N.Y.A.T.A.AN, yang Allah harapkan...

"selamat beramal"

Saturday 1 October 2011

Sistem Pendidikan Kita Terbaik

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, sistem pendidikan di negara ini lebih baik daripada sistem diamalkan di negara maju kerana ia memberi peluang kepada semua orang menjadi insan yang berjaya tanpa mengira kedudukan.


Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, di sesetengah negara maju hanya anak orang yang mempunyai kedudukan istimewa atau berkemampuan yang boleh berjaya tetapi sebaliknya jika lahir sebagai anak buruh atau tinggal di kawasan setinggan, kemungkinan untuk berjaya amat tipis sekali.


"Jika mereka hendak berjaya, mereka mestilah menjadi seorang ahli tinju yang hebat atau pemain bola keranjang yang luar biasa, baru mereka dianggap berjaya. Bagaimanapun, di negara ini, kita boleh berbangga bahawa sistem pendidikan kita memberi laluan kepada anak kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam tempoh masa hanya satu generasi saja.

“Ini sekali gus membuktikan bahawa setiap insan itu sebenarnya boleh dididik untuk menjadi manusia berakhlak dan berjaya. Saya percaya jika pelajar kita didedahkan dalam satu sistem yang memberi kemudahan yang sebaik mungkin, dididik oleh guru yang benar komited dan mendapat sokongan serta rangsangan daripada ibu bapa, insan itu boleh menjadi insan berjaya,” katanya berucap pada Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan SMK Seri Pekan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Wan Razali Wan Mahussin; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mazlan Mohamad.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang berjaya sebagai pemimpin, tokoh korporat, profesional dan cendekiawan adalah hasil daripada sistem pelajaran yang membenarkan mobiliti sosial menjadi kenyataan dalam tempoh hanya satu generasi. 


“Bagaimanapun, di Malaysia, jika kita melihat latar belakang kita, hampir semua kita yang berjaya atau dianggap berjaya, didapati mereka berjaya kerana kita dapat menggubal sistem pendidikan yang membolehkan sesiapa tanpa mengira latar belakang, sosioekonomi, jika ada keinginan dan kemahuan,” katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan memberi contoh kejayaan dua wanita gigih yang ditemui pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), minggu lalu.

Katanya, kedua-dua wanita terbabit bermula dengan pinjaman RM500 daripada AIM untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi kini mampu memiliki rumah besar, kenderaan mewah serta membiayai pengajian anak mereka ke universiti.

Mengenai SMK Seri Pekan, Najib berkata bermula dari sebuah sekolah biasa, SMK Seri Pekan memperlihatkan pencapaian lebih tinggi dari sekolah biasa walaupun tidak tergolong dalam kategori sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu juga katanya dinamakan sebagai sekolah menengah model khas dengan memperkenalkan satu konsep yang menggabungkan pelajar tahap dua sekolah rendah dan ditempatkan di sekolah berkenaan.

Katanya, hasil daripada eksperimen itu, pelajar berkenaan akan lebih cepat matang kerana mereka bergaul dengan rakan yang lebih berumur serta berjaya melahirkan pelajar lebih cemerlang.








Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2011/10/02

InsyaAllah, wawan takkan lupa janji wawan....


Suatu ketika dahulu, sejam yang lalu, seminit yang lalu dan sesaat yang lalu...

sekolah rendah :D

mak tanya:
Wawan bila besar nanti nak jadi apa?
-nak jadi cikgu :)

kalau dah jadi cikgu nanti, nak tinggal dengan mak lagi tak?
-mestilah nak, sapa nak masak untuk wawan law mak xde?? :)

ayah tanya:
bila nak berhenti main bola?
-bila bapa dah berhenti main bola gak.. :)

bila besar nak jadi apa pula?
-nak jadi doktor, boleh bedah kaki bapa nanti....lepas bedah, bapa dah tak rasa sakit law nak pakai kasut :)

bila nak masuk sekolah menengah :D

wawan tanya kat mak:

napa masukkan baju wawan dalam beg? :(
-wawan kan dah nak masuk asrama, nanti dapat kawan ramai taw..

mak tak nak temankan wawan tinggal kat asrama?
-mana bole, asrama tu untuk budak baik macam wawan je taw...

siapa nak masakkan wawan nanti?
-jangan risau wan, semua dah tersedia kat asrama tu..

wawan tanya kat ayah:

kenapa wawan masuk sekolah yang ada asrama?
-tinggal kat asrama senang taw....nak pi sekolah senang, dekat je...wawan tk perlu jalan jauh lagi :)

........"ayah, wawan tak kisah jalan jauh...asalkan dekat dengan mak dan ayah"............ :(

pesan mak dan ayah:

kat asrama ne, jaga diri elok2x..dengar cakap cikgu, belajar rajin2x, jangan tinggal solat taw...
-insyaAllah mak, ayah...balik nanti hati-hati taw.terima kasih mak, ayah.... :)

.....perhatikan mak dan ayah pulang, tanpa setitis air mata pun.....

kakak senior dalam bilik tegur:

first time kakak nampak budak baru tak nangis...
- :)

..tapi malam tu, selepas solat maghrib kat surau, wawan nangis mak, ayah....wawan dah rindu....
..malam tu juga, time nak tido....wawan nangis lagi, wawan betul-betul rindu....

Semua tu, kisah 9 tahun yang lalu....kini wawan lagi jauh dari mak dan ayah, hanya kerana ingin mengejar cita-cita....

Sekarang saya seorang pelajar kolej di tahun akhir, insyaAllah....

Sejam yang lalu:

wawan kol mak~

........
........
........
mak, insyaAllah hjung bln 10 ne wawan dah start praktikal....surat untuk wawan ada sampai tak?
-tiada, wawan minta praktikal kat mana?

wawan ada mohon kat sana gak, sini pown ade gak...
-wawan praktikallah kat sana, save duit flight...

tapi mak, wawan nak kat sana. dekat sikit, boleh tolong-tolong mak jaga kedai kalau hujung minggu
-takpe wan, mak ok je.tak payahlah fikirkan mak, mak boleh jaga kedai ni.mak tak naklah gangu wan time praktikal,  mesti wan penat gakkn.

Kalau wan praktikal kat sana, mak boleh rehat taw :)
-mak tak penat gak, wan jangan risau..mak tak pernah penat untuk cari duit untuk anak-anak mak....jangan risaukan  mak.simpan duit flight tu...

...mak, wawan tak pernah rasa penat bila tolong mak...love U mom.love U dad...insyaAllah wawan tunaikan....

p/s: saya seorang perempuan, bermain bola tu hobi masa kecil.